Kisah Kejujuran Manusia

Entri ini TERkisah daripada posting oleh BlogEpal DoT Com (ce kelik ce kelik ..)

dah baca entrinyer???........ kalau diikutkan negara paling berteknologi tinggi Asia ni memang terkenal dengan disiplin yang tinggi! betul idak?..

Jadi kisahnya...... dan perkara ini memang benar berlaku! kome tak cayo ikut aku balik kampung! aku bawak kome ke tempat² seperti kisah kejujuran yang diceritakan link kat atas nun!.

Kalau nak ke kebun mak bapak aku bukan dekat.... amik masa 3-4 jam sampai, memang pendalaman betul! dan jalan pun bukan berturap! jalan berbatu kao~... maksudnya takder aspal sepanjang perjalanan dan akan melalui beberapa bukit! curam plak tu~.... hoho~..... kat kebun mak bapak aku tu ramai jugak yang ada kebun mereka....

Dipendekkan cerito! ada beberapa kampung di kawasan kebun dan majoriti rumah tepi jalan dan majoritinya ada kebun dibelakang rumah dan lagi...majoriti akan ada pondok jualan didepan ruma atau tepi jalan. Maka kebun mak bapak aku pun tidak ketinggalan untuk membina pondok jualan ni.

Pondok jualan ini berfungsi seperti mana yang berlaku di Jepun. para penduduk/petani akan meletakkan hasil tanaman mereka untuk dijual kepada sesiapa yang lalu jalan tersebut. Antara jualan yang 'majoriti' dijual adalah sayur²an dan buah²an .....seperti labu, kacang panjang, terung, haliah, mangga, pisang dan sebagainya.

Perkara yang paling jujur diletakkan pada pondok jualan ialah TIN DUIT ... tin ni majoriti lagi depa buat daripada tin susu/milo berpenutup!.... penutup dipasang dengan tali dan diikat pada tin!

Pada kebiasaannya... para penjual hanya tinggalkan pondok jualan mereka tanpa dijaga! percaya idak?? memang itulah hakikatnya!....maka, bila ada pembeli nak beli sayuran @ buahan akan berhenti dan pilih mana mereka nak pastu masukkan duit ke dalam tin duit tadi. Selalunya pembeli akan masukkan duit dengan jumlah tepat...contohnya seikat sayur RM2 ... depa akan masukkan RM2 .... tetapi jika pembeli takdo duit kecil depa akan buka penutup tin dahulu, lihat sama ada ada baki untuk ditukarkan.... jika ada depa akan amik baki la.... jika takda baki... depa akan singgah/cari pondok jualan yang lain....

jadik.... begitulah kisahnya~... lagi² majoriti penjual tidak memikirkan langsung duit dalam tin tu akan dicuri!... dan memang tidak dicuri pun!..... bayangkan, mak bapak aku pernah tak ke kebun 2 minggu lamanya... bila ke kebun lepas 2 minggu tu...pondok jualan habis hasilnya dijual dan duit dalam tin duit masih ada.......jujur tak pembeli² masa itu????.........

Namun, adakah perkara ini masih berlaku kini?..... aku tak pasti sebab dah lama sangat aku tak ke kebun! hoho~......tapi insyallah, dalam posting yang tahun mendatang akan ku kisahkan lagi kisah ini bila dah ke kebun kelak!






omak ai~ panjang bebonar!

Comments

  1. wow..
    lau kat bndr..
    mang da slmt jlan lah kan..

    ReplyDelete
  2. eh? ade ke kat mesia ni? kampung mane tu? baguih bebenor orgnye.. kalu kat kampung lain, jgn kata duit.. hasil2 tanaman pun kau boleh depan nak sapu, depa sapuuuuu..

    ReplyDelete
  3. Ader.... kat pedalaman Ranau, Sabah. a.k.a kampung aku... hoho~

    ReplyDelete

Post a Comment

'Tiang Kayu'. Sila komen lagi!

Popular Posts