Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai rakyat ku! Beta ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada seluruh rakyat beta!

Muahahaha ... lagak sultan betui kan? Okeh idak lagak ni??? Kekeke ...

Cerita sebenarnya... Hari ini adalah hari tua teman berusia 34 tahun ... dan pertama kalinya (sepanjang ingatan teman) hari kelahiran teman jatuh pada 1 SYAWAL ...

Alhamdulillah dan syukur kepada-Nya kerana memberikan nyawa sehingga kini dan semoga diberikan peluang untuk bertemu bulan ramadhan pada akan datang. Aamminnnn ....

Kepada pengucap2 sekalian ... terima kasih bebanyak dengan ucapan dan doa kome yek ... hanya Allah mampu membalas doa kalian kepada beta!

Akhir khalam... Jamulah selera kome dirumah2 rumah terbuka sepanjang syawal ini yek ...

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia!!!

Pendek je cerita hari ini.

1. Denmark - Juara Piala Thomas 2016, negara luar asia pertama memenangi Piala Thomas dengan mengalahkan Indonesia dengan 3-2.

2. JDT - Pasukan yang paling berjaya setakat ini dengan memenangi Piala Asia dan Piala FA baru-baru ini. Ketika ini sedang mendahului Liga Super dikedudukan pertama. Terbaru mengaibkan pasukan Pahang FC dengan jaringan 6-0.

Dan....

3. Fatin - Siapakah beliau? Tak payah aku bagitahu kot? Hehe... Juara CLEVERGIRL MALAYSIA PERTAMA! Mewakili negeri Kelantan, menewaskan Airina wakil dari negeri Selangor dengan markah 6-4.

Sekian 😊

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama betul aku tak kemaskini blog aku ni, almaklumlah banyak hal yang kena buat pada tahun ini.

Baiklah, aku pendekkan cerita ni.

Tajuk entri aku kali ini nampak pelik sikit dan ada unsur 'provoke' sikit... hehe...

Tak nak panjang cerita, sila lihat gambar yang ada pada entri ini ;-)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Berikut merupakan panduan untuk melakukan pendaftaran atas talian (online) untuk kemasukan Tahun 1 bagi negeri Selangor & Kuala Lumpur.

1. Sila layari laman sesawang http://public.moe.gov.my

2. Sila pilih PENGGUNA BARU jika pertama kali menggunakan sistem ini
 

 



3. Untuk masuk sistem ini, sila masukkan No. Kad Pengenalan yakni nombor MYKID anak yang ingin didaftarkan dan Katalaluan (password)
 
4. Skrol ke bawah, lihat pada Senarai Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM dan pilih ikon Tahun 1



5. Kemudian, Sila pilih Pendaftaran Baharu

6. Seterusnya di bahagian PENGESAHAN sila pilih MyKid di ID Pengenalan Murid dan isikan nombor MyKid anak dan pada Maklumat Permohonan sila pilih Negeri, Daerah dan Jenis Sekolah Dipohon. Sila tekan butang SIMPAN untuk langkah seterusnya. 



7. Langkah seterusnya agak 'tricky' sedikit. Selepas tekan butang SIMPAN pada langkah di atas sepatutnya anda akan terus ke paparan berikut (Gambar 7-a) tetapi ianya tidak berlaku. Jadi, untuk pergi ke paparan tersebut sila ubah alamat URL dari kpm=edr_langkah1 ke kpm=edr_langkah2 . ANDA HANYA TUKAR NOMBOR 1 KE 2 SAHAJA tanpa perlu padam kesemua alamat URL tersebut (Gambar 7-b) 



8. Pabila telah masuk ke paparan Maklumat Permohonan/Murid, langkah seterusnya ialah memasukkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Setelah selesai memasukan maklumat yang diperlukan SILA TEKAN BUTANG SIMPAN




9. Seterusnya pilih butang MAKLUMAT PENJAGA, masukkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Setelah selesai memasukan maklumat yang diperlukan SILA TEKAN BUTANG SIMPAN



 
10. Seterusnya pilih butang MAKLUMAT PERMOHONAN, masukkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Setelah selesai memasukan maklumat yang diperlukan SILA TEKAN BUTANG SIMPAN 


 
11. Akhir sekali pilih butang PERAKUAN, Sila semak semua maklumat yang telah dimasukkan buat kali terakhir. Jika berpuashati dan tiada perubahan hendak dilakukan sila tandakan (tick) pada pernyataan PROSES PERAKUAN PERMOHONAN untuk menandakan anda mengaku bersetuju dengan segala maklumat yang diisi adalah benar. Kemudian sila tekan butan HANTAR untuk selesaikannya.





   
12. Setelah pengakuan dibuat, butang CETAK akan terpapar yang menandakan permohonan anda telah diterima. Sila tekan butang CETAK untuk mencetak (print) atau simpan (dalam bentuk PDF) permohonan yang dibuat sebagai salinan untuk dihantar ke sekolah yang dipilih untuk pengesahan pihak sekolah.
  




Haa.... itulah panduannya... jika ada sebarang pertanyaan atau kemuskilan, sila hubungi pentadbir laman sesawang tersebut ye, bukan tanya saya ... hehehe, saya hanya memberikan panduan berdasarkan pengalaman saya mengisi permohonan ini.
 


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Lame dah aku tak membuat entri kat blog aku ni, al-maklumlah sibuk dengan kerja sampai 'diabaikan' blog ini. Huhu .... macam mana nak dapat income dari blog ni macam ni kan??

Apa pun, hari ini aku ada masa skit... skit aje ye..

Al-kisahnya, aku ingin jenguk la blog aku ini. Macam biasa aku taip alamat blog aku seperti ini --- alyrds.blogspot.com dan tertus tekan ENTER!

terus aku terkezut!!!! ..... macam ni alamat blog aku terpapar....



Nampak idak??? ....

Sekarang blogspot telah di LOKAL kan .... paham tak maksud lokal ni?

Maksudnya server blogspot telah diwujudkan di Malaysia dan telah menggunakan domain name dengan akhiran .my (dot my) ...

Apakah kebaikan server ini di lokal kan??? ...

SATU - akses ke blog lebih pantas berbanding dengan sebelumnya kerana server berada diluar negara.

DUA - bila berlaku kerosakan kabel dasar laut, jadi tak jadi masalah untuk kita akses blog kita sebab telah di lokal kan ... hehehe

OKAY LAH!!!! ..... cukup itu sahaja hari ini pullstop!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Aku rasa lama sangat tak buat entri kat blog aku ni. Dah bersawang tahap gaban dah blog aku ni rasanya.

Hari ini aku membuat entri pasal tin 100Plus baharu, tu pun sebab aku ternampak kelibat minuman ni kat kedai 99 Speed Mart masa aku membeli barangan orang rumah.

Rasa tetap sama, yang baharunya adalah saiz tin sahaja. Ianya meninggi seperti minuman tin milo/red bull biru/M7 Drive tetapi lebih tinggi sebab kuantiti air isotoniknya dikekalkan 325ml.

Lihat gambar yang terlampir bentuknya.

Harga? Kat kedai 99 Speed Mart berharga RM1.40 setin, tidak termasul GST ya ...

Salam Kaki Bola Dunia!!!

Pada ketika ini aku sedang menonton perlawanan diantara Manchester United VS Southampton ... Setelah 45min berlalu, kedua-dua pasukan masih lagi seri tanpa jaringan.

Kisahnya, ada dua jenis penonton sesuatu pasukan..

No.1 - Penyokong Setia

Dan

No. 2 - Pembenci Setia

Hahaha.... Betul kan?? .. Itulah realiti mana² penyokong kat dunia ni. Terutamanya dalam sukan bola sepak.

Yang menariknya, kedua² penonton ini akan menonton perlawanan ini. TETAPI penonton No.2 a.k.a HATERS paling best sekali... Sebab apa? Sebab mereka nak lihat pasukan yang dibenci-i kalah ... Itu aje... Hehehe ..

Anyhow, aku kipas-susah-mati CHELSEA !!!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Selamat berhujung minggu!

Hari ini nak berkongsi cerita tentang sebuah kejayaan. Keindahan kejayaan itu memang 'menyedapkan' dan 'menyelerakan'...

Namun, bukan selalu lejayan itu hadir dalam kehidupan kita. Mungkin setiap hari, mungkin setiam minggu, mungkin setiap bulan atau bertahun. Itu adalah realitinya.

Begitulah 'rezeki' kejayaan yang Allah SWT berikan kepada kumpulan JALOR dalam pertandingan Maharajalawak Mega semalam. Mereka berada dipuncak beberapa minggunya namun telah ditunjuk jalan keluar semalam kena pula dengan persembahan yang kurang memberangsangkan.

Apa pun, kegagalan itu bukanlah nokhtahnya. Kita kena teruskan usaha untuk mengembalikan kejayaan yang telah dicapai sebelum ini.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Permulaan tahun 2015 dimulai dengan sedikit khabar gumbira terutama pengguna minyak petrol pabila pihak kerajaan menurunkan harga minyak petrol RON95 dari RM2.26/liter kepada RM1.91/liter.

Pengurangan ini memang ditunggu oleh rakyat terutama golongan marhaen. Tetapi disebalik pengurangan ini nampaknya ada yang 'panas bontot', siapa lagi kalau bukan pengusaha stesen minyak.

Bukanlah semua tetapi ada segelintir pengusaha yang tak boleh lihat kerugian. Kerugian bagi mereka adalah malapetaka yang menyebabkan mereka tersungkur dan susah nak bangun.

Kenapa tidak mereka berfikiran positif? Bila mana naik, ada mereka fikir tentang pengguna? Tidak kan?

Semua ini ada hikmahnya, kata orang 'hidup ini umpama roda, ada kala kat atas ada kala kat bawah'

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Kemana kome hujung minggu ni? al-maklumlah cuti panjang katakan (bagi mereka yang ambil cuti pada jumaat semalam) . . . duduk rumah saja? aku pun sama . . . hehehe~

Aku tak kemana pun hujung minggu ini, hanya kat rumah sahaja dan buat apa yang patut kat rumah.

Apa aku buat? macam-macam, sampaikan blog aku ni pun aku kerjakan . . . hehe~

Apa yang aku kerjakan? aku tukar 'baju' blog aku . . . look simple and easy kata mat salleh.

Macam mana rupanya 'baju' blog aku ini??? ... macam kome tengok sekarang ler . . .