Panduan Mengisi Sistem Pendaftaran Atas Talian - Tahun 1 Bagi Selangor, Putrajaya & Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Berikut merupakan panduan untuk melakukan pendaftaran atas talian (online) untuk kemasukan Tahun 1 bagi negeri Selangor & Kuala Lumpur.

1. Sila layari laman sesawang http://public.moe.gov.my

2. Sila pilih PENGGUNA BARU jika pertama kali menggunakan sistem ini
 

 



3. Untuk masuk sistem ini, sila masukkan No. Kad Pengenalan yakni nombor MYKID anak yang ingin didaftarkan dan Katalaluan (password)
 
4. Skrol ke bawah, lihat pada Senarai Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM dan pilih ikon Tahun 1



5. Kemudian, Sila pilih Pendaftaran Baharu

6. Seterusnya di bahagian PENGESAHAN sila pilih MyKid di ID Pengenalan Murid dan isikan nombor MyKid anak dan pada Maklumat Permohonan sila pilih Negeri, Daerah dan Jenis Sekolah Dipohon. Sila tekan butang SIMPAN untuk langkah seterusnya. 



7. Langkah seterusnya agak 'tricky' sedikit. Selepas tekan butang SIMPAN pada langkah di atas sepatutnya anda akan terus ke paparan berikut (Gambar 7-a) tetapi ianya tidak berlaku. Jadi, untuk pergi ke paparan tersebut sila ubah alamat URL dari kpm=edr_langkah1 ke kpm=edr_langkah2 . ANDA HANYA TUKAR NOMBOR 1 KE 2 SAHAJA tanpa perlu padam kesemua alamat URL tersebut (Gambar 7-b) 



8. Pabila telah masuk ke paparan Maklumat Permohonan/Murid, langkah seterusnya ialah memasukkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Setelah selesai memasukan maklumat yang diperlukan SILA TEKAN BUTANG SIMPAN




9. Seterusnya pilih butang MAKLUMAT PENJAGA, masukkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Setelah selesai memasukan maklumat yang diperlukan SILA TEKAN BUTANG SIMPAN



 
10. Seterusnya pilih butang MAKLUMAT PERMOHONAN, masukkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Setelah selesai memasukan maklumat yang diperlukan SILA TEKAN BUTANG SIMPAN 


 
11. Akhir sekali pilih butang PERAKUAN, Sila semak semua maklumat yang telah dimasukkan buat kali terakhir. Jika berpuashati dan tiada perubahan hendak dilakukan sila tandakan (tick) pada pernyataan PROSES PERAKUAN PERMOHONAN untuk menandakan anda mengaku bersetuju dengan segala maklumat yang diisi adalah benar. Kemudian sila tekan butan HANTAR untuk selesaikannya.





   
12. Setelah pengakuan dibuat, butang CETAK akan terpapar yang menandakan permohonan anda telah diterima. Sila tekan butang CETAK untuk mencetak (print) atau simpan (dalam bentuk PDF) permohonan yang dibuat sebagai salinan untuk dihantar ke sekolah yang dipilih untuk pengesahan pihak sekolah.
  




Haa.... itulah panduannya... jika ada sebarang pertanyaan atau kemuskilan, sila hubungi pentadbir laman sesawang tersebut ye, bukan tanya saya ... hehehe, saya hanya memberikan panduan berdasarkan pengalaman saya mengisi permohonan ini.
 


Comments

Popular Posts