Masa ni baru nak merungut

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Permulaan tahun 2015 dimulai dengan sedikit khabar gumbira terutama pengguna minyak petrol pabila pihak kerajaan menurunkan harga minyak petrol RON95 dari RM2.26/liter kepada RM1.91/liter.

Pengurangan ini memang ditunggu oleh rakyat terutama golongan marhaen. Tetapi disebalik pengurangan ini nampaknya ada yang 'panas bontot', siapa lagi kalau bukan pengusaha stesen minyak.

Bukanlah semua tetapi ada segelintir pengusaha yang tak boleh lihat kerugian. Kerugian bagi mereka adalah malapetaka yang menyebabkan mereka tersungkur dan susah nak bangun.

Kenapa tidak mereka berfikiran positif? Bila mana naik, ada mereka fikir tentang pengguna? Tidak kan?

Semua ini ada hikmahnya, kata orang 'hidup ini umpama roda, ada kala kat atas ada kala kat bawah'

Comments

Post a Comment

'Tiang Kayu'. Sila komen lagi!

Popular Posts