Hari Tukar Katalaluan

1 FEBRUARI

ya, ini adalah tarikh untuk anda tukarkan katalaluan anda yang anda gunakan untuk laman sosial, perbankan internet, e-mel, PIN ATM dan sebagainya.

Kenapa kena tukar katalaluan? ... seantero dunia sudah tahu, sejak tahun lepas ancaman penggodam (hackers) telah mula rancak dan semakin berani. Pasti anda masih ingat lagi dengan peristiwa beberapa laman web milik kerajaan telah digodam bukan? dan bukan itu saja malah beberapa syarikat dan bank terkemuka di Malaysia turut digodam.

Maka dengan itu, saya nasihatkan anda tukarlah katalaluan anda mulai 1 Februari ini. Dinasihatkan tukarlah katalaluan anda paling kurang pun setahun sekali. Nak lebih selamat tukarlah katalaluan setiap bulan (sanggup ke?).

Kenapa 1 FEBRUARI? bukan bulan lain bukan hari lain?.. hal ini adalah saya petik daripada laman popular - GIZMODO - ianya menyatakan tarikh ini sebagai Hari Tukar Katalaluan (Change Your Password Day) ... maka dengan itu, marilah kita menukar katalaluan!!!!!....




TIPS KATALALUAN YANG SELAMAT : Gunakan passphrase, maksudnya katalaluan berfrasa. Bahasa mudah jadikan ayat sebagai katalaluan. Contohnya - AkuNakBalik!, MaklimahtaknakbaliK dan sebagainya

Comments

Popular Posts