SARA 1MALAYSIA

Pada awal bulan ini Perdana Menteri kita YAB Dato Seri Najib Razak telah melancarkan satu lagi skim pelaburan yang diberi nama Skim Amanah Rakyat 1Malaysia - SARA 1MALAYSIA

Apa kelebihannya? Dikhabarkan akan mendapat pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan skim-skim yang ada sebelum ini. Kalau tak silap akan dapat pulangan 30% @ lebih setahun (perkara ini akan saya rujuk semula kelak). Difahamkan skim ini, pada hemat saya, adalah seperti pinjaman pelaburan ASB.

Skim ini akan mula dijual mulai isnin ini, 30hb Januari 2012. Lebih menarik skim ini disasarkan kepada pelabur yang mempunyai pendapatan kurang RM3000 sebulan. Terdapat 4 bank yang telah dilantik semalam dengsn memeterai MOU dengan PNB yakni Maybank, CIMB, RHB bank dan BSN

Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments

Popular Posts