Kudis API - Cerita 1


Kome pernah dengar ke penyakit ini? Kudis API...

Ini kali pertama aku dengar penyakit ini!.... setelah aku bawa anak aku jumpa doktor pada hari ini. Macam mana rupa penyakit ini? Dan apakah penyebab kepada penyakit ini. Menurut doktor yang aku jumpa untuk memeriksa penyakit yang anak aku hadapi ini, penyakit ini disebabkan oleh kuman dan ianya 'berpindah-randah' pada anggota badan pesakit.

Dari mana datangnya? Pelbagai sumber dan biasanya daripada air ujar doktor tersebut. Untuk mengelakkan penyakit ini 'berleluasa', doktor dah bagi krim sapu, antibiotik dan alahan. Hopefully elok lah kelak....

Sok atau lusa, aku update kisah penyakit kudis api ini dan seangkatan dengannya.

Comments

Popular Posts