Membunuh, Terbunuh Dan Dibunuh!

Alamak!! Tajuk entri yang paling bahaya sekali!

Apa pun, itulah kisah penamat sebuah cerita drama ber-genre teladan. Kalau anda penonton setia cerekarama TV3 tentu boleh 'tangkap' apa yang aku ingin sampaikan di sini. Aku ini bukan layan sangat genre drama sebegini, nak buat macam mana dah majoriti penonton kat rumah ni tengok cerita ni. Jadinya aku kenalah ikut 'suara' majoriti kan. Ahaks~

Membunuh, klimaks yang pertama sebelum penamat lakonan Fizz Fairuz terhadap isteri beliau lakonan Lana Nordin, kemudian Terbunuh yang membunuh pula bila bertembung dengan kereta kenari yang dipandu oleh seorang wanita yang derhaka kepada ibunya, maaf tak ingat nama pelakon ini huhu~~. sejurus selepas keluar dari kereta untuk melihat insan yang dilanggarinya secara tidak sengaja, beliau dilanggar pula kenderaan waja dari belakang ketika tidak sempat mengawal keretanya dek memikirkan tentang maknya yang sakit tenat, maaf sekali lagi tak tahu nama pelakon BARU ini yang membawa watak sebagai seorang gigolo dan kaki hutang.

Klimaks terakhir, lelaki itu pula Dibunuh agak kejam sekali! Yakni ditembak oleh lelaki bermotosikal. Ikut firasat aku ni, lelaki yang menembak itu adalah ah long yang asalnya telah berniat membunuh lelaki berhutang tu sebelumnya tetapi diselamatkan secara tidak sengaja oleh seorang ustaz lakonan Ezany.

begitulah antara plot cerita akhir drama bertajuk 3 JUMAAT TERAKHIR.... kalau anda ingin menonton sekali lagi drama ini, sila ke laman web TV3 atau TonTon.Com.My

Akhir sekali, nikmati bunga jam 12:50 Pagi ....keke~

Comments

Popular Posts