Taman Metropolitan Kepong - mengecewakan?

Salam UOL's .... guna lagi perkataan ni!

Apa cerita hujung minggu anda? terutama yang tinggal dikawasan lembah klang dan selangor. Pasti banyak kisah yang hendak dikongsi bukan?. Kali ini aku berkongsi cerita berkenaan dengan hujung minggu aku bersama keluarga, ipar dan biras :-)


Ahad lepas kami pergi ke taman terkenal di Lembah Klang ni - Taman Metropolitan Kepong yang lebih dikenali sebagai Taman FRIM dan Taman Layang-layang. Taman ini betul-betul terletak di tepi jalan MRR2. Namun, sedikit kekecewaan kerana cuaca tidak mengizinkan pada awalnya kami sampai di sana - hujan. Tunggu punya tunggu dari 4 petang ke 5:30 petang, masih lagi renyai-renyai.

Kawasan bermain layang-layang.

Tak boleh jadi ni! jadi aku ambil keputusan, isteri dan anak-anak tunggu dalam kereta sampai hujan renyai reda baru boleh keluar. Aku pula?.. terus cargas untuk memulakan langka 1000! untuk berjogging!. Penat? memang penat sungguh! bayangkan selama 3 tahun lebih kurang lah aku tidak berjogging! haha~... kejamkan diri sendiri!.

Sepanjang trek aku berjogging, mata aku ini sentiasa 'melilau' untuk melihat keadaan sekeliling kat taman ini. Mengejutkan? ya... ia sunggu mengejutkan!. Untuk pengetahuan, taman ni dah lama aku kenali namun ahad lepas baru aku 'bercinta' dengan taman ini buat kali pertamanya! kesian sungguh aku ini ye! Sebelum aku mengeluarkan kisah-kisah mengecewakan, mari kita lihat beberapa gambar sekitar taman ini yang aku amik dari carian internet..... by Mr. Google









Itulah antara lokasi yang ada di taman ini melalui carian di internet dan lokasi lain yang ada adalah trek berbasikal dan berjogging, padang bola sepak dan kisok jualan.

Cuma apa yang mengecewakan ialah 1. Kebersihan Tandas Awam, nampaknya keaadan tandas kat sini tak berapa bersih, kalau digredkan kebersihan tandas ini adalah Gred C. Untuk menggunakan tandas ini dikenakan bayaran 20 sen sekali masuk. Ini tandas lelaki yang saya perhatikan, tandas waanita wallahualam :-). 2. Papan tanda infomasi,  Tidak kelihatan papan tanda infomasi utama bila memasuki kawasan ini. Contohnya seperti Peta Taman, petunjuk kemudahan seperti surau dan tandas. Pengunjung tetap taman ini sudah tentu tahu selok belok, bagaimana dengan pengunjung luar dari Lembah Klang atau negara asing?

3. Pondok berteduh, tidak dibina dalam taman ini (ini apa yang aku lihat sepanjang laluan berjogging). Ini menyebabkan para pengunjung akan berteduh sama ada di dalam kereta atau di bawah pokok rimbun atau menara tinjau atau payung penjual di sana atau pun di Pavilion. 4. Sikap Pengunjung, seperti mana yang aku katakan pasal papan tanda. Tasik kat taman ini adalah dilarang memancing tetapi pengunjung yang memancing adalah paling ramai kat taman ini berbanding dengan pemain layang-layang pada hari tersebut. Jadi sikap pengunjung itu sendiri yang menyebabkan 'sakit mata' kepada pengunjung luar kawasan datang ke sini. Yang paling teruk adalah penunggah motorsikal, suka-suka hati bawa laju dalam taman ini.

Panjang pula cerita aku kali ini, haha~ .... harapnya pihak pengurusan taman ini dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan apa saja perkara yang berlaku di taman ini. Jangan sampai 'nila setitik rosak susu sebelanga' .... adeh~







Comments

  1. Taman ni bukan taman larangan memancing yer boss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada larangan ke kalau datang untuk memancing kat sni ?

      Delete

Post a Comment

'Tiang Kayu'. Sila komen lagi!

Popular Posts