Chelsea!!!


Akhirnya, pagi tadi aku telah membangunkan diri aku untuk menonton perlawanan terhebat EPL kegemaran aku dan La Liga, Chelsea FC dan Barcalona FC. Perlawanan ini adalah peringkat separuh akhir untuk Liga Juara-juara Eropah. Torres juga jadi wira :) ... tapi sayang, John Terry, Raul Meireles dan Ramires tak dapat diturunkan pada aksi akhir.




Semangat betul aku bagun pagi tadi, dampaikan anak aku pun join sekali menonton perlawanan ini..adededeh~ .. nasib sorang saja yang bangun kalau si kecik tu bangun jugak, nampaknya aku kena layan BoboiBoy pulak...keke~..

Aku harap dapat bangun juga pada perlawanan akhir nanti yang berlangsung di Munich, Jerman. Pada firasat aku, Chelsea bakal menentang bakal juara La Liga, Real Madrid walaupun ketinggalan 1-2 kepada pasukan Bayern Munich.

Chelsea... Chelsea...

Comments