PLUSLINE 1 800 88 0000


Salam berhujung minggu semua! .. ada ke mana-mana tak hari ini? silalah penuhkan hujung minggu anda :-)

Kepada semua pengguna Lebuhraya Utara Selatan a.k.a PLUS Highway, SILA AMBIL PERHATIAN! anda WAJIB untuk mengingati nombor berikut :-

1 800 88 0000

Kenapa? nombor inilah yang bakal membantu anda di lebuhraya PLUS sekiranya anda memerlukan bantuan atau memberi bantuan kepada PLUS juga sebenarnya, ye ke?

Semalam, ketika dalam perjalanan untuk mengambil isteriku balik dari kerja berlaku beberapa kejadian di lebuhraya PLUS. Antaranya kemalangan di lorong kecemasan, kereta terbabas lalu melanggar penghadang jalan dan kerosakan kenderaan dilorong kanan (lorong laju).

Lantas dalam fikiran aku berniat untuk menghubungi pihak PLUS untuk beri bantuan kepada kejadian ini. Mulanya berfikir panjang untuk mengingati nombor PLUSLINE untuk dihubungi, namun tak teringat-ingat. Kerana niat aku yang betul-betul nak membantu (ceeewaaahhhhh...), Allah permudahkan urusanku, dengan memandang papan iklan di lebuhraya. Pada papan iklan ada terpapar nombor berikut :-

1 800 88 0000

Itulah yang aku dah catatkan kat atas tadi :-) ... dan ini adalah pengalaman pertama aku menghubungi pihak PLUS untuk memberitahu kejadian kemalangan dan kerosakan tadi. Lagi dipermudahkan-NYA, respon talian tersebut sangat pantas! hanya dua kali deringan telefon dijawab. Lalu aku pun beri keterangan tentang kejadian tersebut dan alhamdulillah, bila melalui semula tempat kejadian yang berlaku itu kedua-dua kereta tersebut telah 'hilang' dari pandanganku ... hehe..

Maka, ingatlah nombor talian PLUSLINE 1 800 88 0000 untuk sebarang bantuan di lebuhraya.

Comments

Popular Posts