Lihat tahap kesesakan secara 'LIVE'

Salam semua, kabare? ... terutama mereka-mereka yang bekerja di Lembah Klang ... amacam pergi kerja pagi ini? macam hareeeeee.... kan? haha~ eden pun tokono.

Tapi nak buat macam mana kan? dah lumrah, kerja disekitar Lembah Klang memang macam ini rutinnya bila berlaku 'ujian' dari-NYA. Ada 3 penyebab utama kesesakan jalan raya di Lembah Klang ini.

  1. Kemalangan/Kenderaan rosak
  2. Hujan
  3. Budak sekolah

Haha~... hebat tak yang nombor 3 tu?.. kalau tak percaya, datanglah ke Lembah Klang waktu cuti sekolah, saya boleh gerenti 100% jalan tak akan sesak. Nak keluar rumah ke tempat kerja lewat pun tak pa, sebab tak sesak :-).

Penyebab nombor 1 dan 2 tu memang dah wajib. :-) .. apa tidaknya, pagi ni nak ke tempat kerja, kereta rosak betul-betul di tengah jalan dan persimpangan utama ... sesak sehingga 5 kilometer tau idak. adeh~ .. lambat eden masuk kojo hari ini. Ditambah pulak dengan hujan rahmat pagi ini dengan renyai-renyai jer... ramai yang terlajak tidor :-P

Hari ini dapat tips dari laman teknologi terkenal Malaysia, Amanz.my , tak kenal? rugi.... haha~

Dalam entrinya bertajuk - Google Maps Brings Live Traffic Updates And Transit For Malaysia - dalam bahasa inggeris yerp. Di mana, pihak Google Malaysia telah memberi kemudahan untuk melihat keadaan lalu lintas secara langsung. Ini merupakan berita baik kepada para pemandu sekalian alam.


Ha... nampak contoh gamabar di atas?

Yang Hijau tu maknanya jalan lancar (Tahap kelajuan, 80KM/J), Kuning pula laluan perlahan (<80KM/J), Merah menunjukkan laluan sesak tapi bergerak (40-60KM/J) dan Merah/Hitam pula laluan amat sesak/kenderaan jalan-berhenti (<30KM/J)

Sesiapa ada telefon pintar tu boleh lihat/semak semasa dalam perjalanan tapi AMARAN!! nak semak tu hati-hati, kalau boleh berhenti tepi jalan dahulu. Takut hilang tumpuan semasa pemanduan, tak pasal-pasal korang penyebab kemalangan pulak nanti.

Sekian saja untuk hari ini....... adios amigos! selamat merancang pemanduan!

Comments

Popular Posts