Manchester City Hampir Kehilangan Piala

Salam semua! lambat pegi kerja ke hari ini???? aku hampir lewat sampai ke pejabat hai ini bukan sebab aku bangun lambat tetapi kesesakan yang luar biasa dek kerana kerosakan lori betul-betul di persimpangan utama. Aku rasa lori tu dah rosak dari semalam kot.. kalau pagi ni dah dapat mention dari LLM dah :-P ..

Apa pun, semalam paling 'menggerunkan' terutama peminat fanatik bola sepak EPL. Mana tidaknya, semalam adalah perlawanan terakhir semua pasukan dan penentuan juara liga pun sama, bukan itu sahaja penentuan kelayangan secara automatik ke liga juara-juara eropah pun iya juga serta penentuan pasukan bawahan untuk kekal dalam EPL musim depan.

Pasukan Manchester City paling bahaya sekali. Manakan tidak.. hampir-hampir kehilangan piala juara liga dengan kehebatan pemain-peman Queens Park Ranges dalam tempoh 90 minit permainan telah mendahului jaringan dengan 2-1. Ini membuatkan pengurus Manchester United tersenyum lebar untuk membawa pulang piala tersebut setelah kekal dengan keputusan 1-0 ke atas Sunderland.

Namun pada masa kecederaan, 5 Minit - gara-gara insiden 'baran' Joey Barton melututkan kaki Carlos Tevez sehingga mendapat kad merah, pemain-pemain MC tidak putus-putus semangatnya untuk mencari jaringan-jaringan kemenangan. Para pemain QPR pula telah mengubah strategi bertahan sepenuhnya seperti mana perlawanan di antara Chelsea - Barcalona dalam liga juara-juara eropah. Namun 'tembok' QPR roboh juga dengan jaringan oleh Dzenko dan Aguero pada minit 91 dan 93. Jaringan ini telah meranapkan harapan MU menjadi juara liga kali ke-20.

Namun, tahniah juga kepada pasukan QPR  kerana kekal di EPL walaupun tewas. Ini kerana pesaing mereka Bolton hanya mampu seri dengan Stoke City.

'via Blog this'

Comments

Popular Posts