Menukar Laluan Demi Kecemerlangan

ini adalah entri paling awal aku post....jam 12.50AM kao!!!

Hari ini hari sabtu, korang semua buat apa selain membuat entri blog memasing?. Aktiviti aku hari ini tak banyak kot, cuma nak bawa anak buah aku jenjalan jer kot. Maklumlah, aku ini waris merangkap penjaga anak-anak buah aku kat semenanjung Malaysia ini. Sebabnya hanya aku seorang saja yang berada diperantauan kononnya..ahaks~

Langsung ke tajuk entri aku hari ini, Menukar laluan demi kecemerlangan. Laluan apa? Laluan ini aku maksudkan ialah perkhidmatan telco telefon bimbit aku yang tak seberapa canggih sudah.... Sekarang ini aku menggunakan laluan biru. Tetapi bukan laluan sms/telefon yang aku guna ini untuk ditukarkan sebaliknya laluan broadband tanpa wayar aku ni hah. Sekarang ini aku guna laluan broadband biru dan biru muda. Tetapi laluan biru muda aku pula sedang dalam 'hukuman', sebab tak bayo-bayo padan muka sendiri. Ada hajat nak gunakan laluan oren, kuning dan hijau tapi majoriti kawasan yang aku pegi tak mempunyai coverage. Yang ada hanya laluan biru saja.

Jadi, minta bantuan anda sekalian. Patutkah aku menukar laluan broadband lain atau kekal dengan laluan biru????

Comments

Popular Posts