Niat jahat dibalas dengan 'cash' dari-NYA


Salam semua,

Hari ini dah hari khamis, esok dah jumaat tulat korang bersantailah sepuas-puasnya sebelum kembali ke rutin harian pada isnin depan :-)

Nak panjangkan cerita ini, semalam aku dengan niat baik asalnya menjadi pedoman akhirnya! hoho~....




Masa nak ambil air panas yang baru dimasak oleh isteri terchenta ku :-) .. aku lihat sang semut telah membentuk garisan dari singki ke siling melalui soket tempat masak air dan nasi. Jadi aku pun bberkata dalam hati...."Cis, korang ni buat apa!" dan ambil kain lap tangan terus kibas-kibas semut kat soket tu lantas aku lupa yang wayar kittle masih terpasang pada soket dan air pun baru masak~~~~~

Di situ lah aku dibayar CASH oleh-NYA. Cara aku dibayar bila mana aku melibas wayar kittle tu lalu tertarik sehingga tumbang dan jatuh kittle tu lalu air yang baru masak tu tumpah betul-betul atas kaki kanan aku~~~~ walaw weiiiii..... hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya 'dibakar' dengan air panas yang baru masak. Salah aku kerana mempunyai niat yang tidak ikhlas melibat-libas semut-semut itu ..... hoho~...

Naseblah tuhan masih sayangkan aku dan beri aku idea untuk segera merawat kaki aku yang sedang 'menggelegak' dek kepanasan air tumpahan itu. Syukur alhamdulillah, aku berjaya menghalang kuli kaki aku mengelembung akibat terkena tumpahan air panas.

Bagaimana aku melakukannya????..... haaaaaaa...... hari ini aku nak berkongsi tips PANTAS untuk merawat kesakitan akibat terkena tumpahan air panas. Caranya adalah.....

Cara-cara merawat kesakitan akibat air panas dan mengelak gelembungan pada tangan/kaki :-

  1. Isi air ke dalam baldi/besin
  2. Letak ais batu sebanyak yang mungkin - kalai ada air sejuk dalam peti ais terus tuang ke baldi.
  3. Rendam kaki/tangan dalam baldi tersebut selama 1-2 Jam (bergantung kepada tahap kepanasan yang kena)
  4. Sapukan ubat gigi sehingga kering dan bilas bila rasa dah okay.

Itulah cara-caranya...

Tapi, bagaimana kalau tiada ais dirumah???? Caranya :-
  • Sapukan ubat gigi pada kawasan yang terkena air panas, letak tebal-tebal.
  • Rendam kaki/tangan pada baldi yang dipenuhi air

Comments

  1. pedoman untuk masa depan :) btw, petua tu sngat berguna... :) sangat memerlukan ketika kecemasan...

    ReplyDelete

Post a Comment

'Tiang Kayu'. Sila komen lagi!

Popular Posts