Peluang perlu dicari bukan ditunggu


Salam semua, kabare hari ini?... yang sihat, alhamdulillah syukran dan yang tidak sihat, pastikan anda sihat pada hari-hari yang mendatang :-)

Jarang-jarang betul aku nak kemaskini blog aku ini. Kenapa yah? aku pun tengah fikir sebaik-baiknya punca blog aku ini tidak dikemaskini dengan entri-entri yang terbaru. Macam manalah aku nak capai MISI aku tahun ini kalau begini 'gayanya' aku punya penulisan :-P

Hari ini aku bercerita mengenai PELUANG. Kita semua tahu, apa jua perkara yang kita lakukan pasti ada peluang untuk melakukan perkara tersebut. Contohnya ada sebuah kedai buat promosi harga jatuh runtuh sesuatu produk, maka kita sebagai pembeli pastinya mengambil peluang tersebut betul tak???

Maka di sini, aku ingin berkongsikan dengan peluang yang aku nampak dan boleh 'menerobos' peluang tersebut. Namun, sebagai insan biasa sudah tentu akan melalui 'ujian' dari-NYA betul tak??? begitu juga denga nsituasi aku sekarang... banyak peluang yang diberikan oleh-NYA kepada aku siap dengan 'cara-cara peluang itu dilaksanakan' TETAPI aku selalu melepaskan peluang itu begitu sahaja...

Di sinilah perkataan ini akan tertanam di otak aku "PELUANG PERLU DICARI BUKAN DITUNGGU" ...  dan untuk melengkapkan perkataan ini "DIRI SENDIRI PERLU BERUSAHA" betul tak???.....

Persoalannya, Apakah aku mampu 'menerobos' segala peluang yang ada difikiran aku ini??? ..... para pembaca blog aku, apa pendapat anda???? jom kongsi ......

Comments

Popular Posts