Syukran di hari ke-3 puasa


Assalamualaikum WBT dan salam 1 Malaysia!

Monday Blues jugak ke?? Allahuakbar......... dan syukran kehadarat ilahi kerana-Nya kita bertemu kembali bulan paling MULIA yakni Ramadhan Al-Mubarak 1433H ... amacam hari ini???? dah masuk raya puasa ke-3 dah kan.... sama² kita mengambil peluang sehabis baik yang punya untuk bulan yang mulia ini.

bagi yang bekerja, selamat bekerja pada hari pertama hari ini dalam bulan puasa. Jangan buat² lupa pula kang tengahari kang pergi keluar lunch ....hahaha~ ..... penuhilah masa rehat dengan penuh keberkatan.

Hari ini aku nak berkongsi kata² petikan daripada tazkirah tarawih ramadhan yang aku hadiri semalam di masjid berdekatan dengan ruma aku :-) ... kata² tersebut ialah ....


"Alangkah ruginya orang yang berpuasa dibulan Ramadhan tidak membawa apa² darinya setelah habis Ramadhan"



Begitulah kata² yang dikongsikan oleh ustaz yang memberi ceramah tazkirah. Aku lupa siapa nama ustaz ni. Apa yang pasti penyampaiannya sungguh penuh semangat kepada para hadirin yang datang. Mana tidaknya, dengan suara yang lantang, pantas dan penuh makna. Diselit pula sedikit seloka berilmiah lagilah menjadikan tazkirah yang benar² happening terutamanya kepada diri aku sendiri.

Moga dengan perkongsian kata² ini, harapnya kita dapat bermuhasabah diri akan niat kita berpuasa yang sebenar-benarnya yakni kerana Allah ta'alah dan bukannya kerana juadah kat bazar ramadhan tu! :-P

Akhir kalam, apa yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan kekurangan itu datang daripada saya sendiri harap dimaapkan.




p/s : fuh!~ tak caya aku buat entri ini! subahannallah........... :-D

Comments

Popular Posts