Why Maybank should give me tickets to Legoland

Assalamualaikum dan salam berhujung minggu... dan terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang masih terkontang kanting , keke~

Entri ini dibuat khas untuk peraduan yang dianjurkan oleh bank terkemuka negara yakni Maybank dengan harapan aku terpilih untuk memenangi peraduan Why Maybank should give me tickets to Legoland . Berdasarkan tajuk peraduan ianya berbahasa inggeris bukan? Tetapi dalam terma dan syarat tidak dinyatakan bahasa apa yang patut digunakan jadi aku guna bahasa Melayu :-)


LEGO merupakan permainan wajib setiap kanak-kanak. Tidak lengkap jika tiada lego pada zaman kanak-kanaknya bukan?. Malaysia sungguh beruntung sekali kerana menjadi negara pilihan untuk membina legoland pertama di Asia. Ini menjadikan Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia khasnya Asia sebagai destinasi .


Jadi mengapakah Maybank patut memberikan aku tiket ke Legoland ini? Sudah semestinya aku ingin menjadi rakyat Malaysia yang terawal mengunjungi Legoland ini. Akan ku bawa isteri dan puteri-puteri ku yang sangat aktif bersama denganku kelak.


Tetapi cukupkah sekadar pergi begitu sahaja??? Sudah tentu tidak. Apa lagi akan aku buat jika memenangi perduan ini??? Pertama: Menjadikan kad debit Maybank sebagai "dompet utama". Maklumlah, ada banyak tempat-tempat yang menarik di sana dan tak perlu lagi mrmbawa tunai yang banyak sekali gus cukup dengan kad debit Maybank sahaja. Kedua: Di setiap lokasi akan ku mengambil gambar kenang-kenangan dengan papan tanda "I'M HERE, THANK YOU MAYBANK" sebagai tanda terima kasih kepada pihak Maybank :-)



Macam mana dengan entri aku ini? Ada harapankah??? Hehe... Terima kasih sekali lagi!!!! Sekian...

Comments

Popular Posts