Peluang masih ada tapi awas!


Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia!

TAHNIAH kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya 'membaham' skuad Thim Xad - Laos semalam dengan jaringan 4-1 di Stadium Bukit Jalil. Sekaligus menggembirakan jutaan peminat dan penyokong pasukan Malaysia dalam kejohanan Piala AFF Suzuki ini.






Dalam perlawanan semalam, pada separuh masa pertama masih lagi nampak goyah sedikit sehingga pemain Laos berjaya menjaringkan 1 gol setelah skuad Harimau Malaya dihadapan dengan 2 gol pendahuluan dan pada separuh masa kedua skuad ini telah menunjukkan 'taring' sebenar dengan menambah 2 lagi jaringan untuk memastikan kemenangan mutlak!!!

tetapi AWAS!!! peluang ke separuh akhir masih terbuka kepada semua pasukan bila mana skuad Garuda - Indonesia telah berjaya merobek gawang The Lions - Singapura dengan keputusan 1-0 petang semalam di stadium yang sama.

Bedasarkan congakkan den ke setiop pasukon dalam kumpolan ini... Malaysia WAJIB menang ke atas Indonesia untuk memastikan tempat ke separuh akhir kelak. Jika seri harapan setakat 50% sahaja itu pun kalau Singapura tewas/seri dengan Laos. Jika Singapura menang harapan terkubur dengan otomatiknya :-)

Mampukah Harimau Malaya 'membaham' Garuda yang begitu 'pantas terbang'??? Sabtu ini jawapannya!!!!!!!!

Comments

Popular Posts