[Rebiu] Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!!

Hari blues ke? ke minggu ini?? ahaks~... ate nyer udah selasa dan khamis cuti, jadik lemau la kan?? ahaks~ anyhow selamat bercuti kepada yang bercuti dan selamat bertugak kepada yang bekerja wokey~..

Baiklah kome sekalian, hari ini awok nak membuat rebiu pasei tempat-tempat yang sempat awok pegi semasa cuti bebaru ini. Antaranya Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam dan Pusat Sains Negara. Tetapi untuk hari ini, awok nak cerita pasal Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam a.k.a PPAS . Sebelum ini awok ada cerita pasal perpustakaan ini (lihat sini kalau tak tau lagi --> entri lepas)



Biasanya perustakaan ini dipanggil dengan nama singkatannya, PPAS, yang mana perpustakaan ini ditadbil oleh Perbadanan Perustakaan Awam Selangor (PPAS). Jadi, siapa yang selalu pergi ke sini tahulah apa itu PPAS.

Apa yang menarik dengan perpustakaan ini? bagi awok, ianya berlainan sangat! ye ke? betul awok cakap, tak percaya ce nengok gambo yang awok kongsikan berikut ....
Ruangan menonton televisyen yang disediakan

Ada Pokok! ~ 

Kemudahan internet juga disediakan (berbayar)

6D Theatre! - Memang best! (berbayar)

Sudut mewarna porsilin pelbagai bentuk (berbayar)

View PPAS dari belakang... ada tasik!

Bahagian perpustakaan sebenar! ada 5 tingkat!

Haaaaa.... macam mana? menarik idok???... Mostly gambar yang diambil ini adalah kat Zon Kreatif dan XD Theatre ........ untuk pengetahuan, Zon Kreatif ini dikhaskan untuk kanak-kanak kerana kebanyakan peralatan, susun atur dan aktiviti semuanya menjuruskan kepada kanak-kanak.

Untuk Remaja dan Dewasa bolehlah ke bahagian yang sepatutnya!..... awok yang paling seronok sekali ialah kat bahagian XD Theatre, awok sertai 6D Theatre!!! .... kat sini semacam roller coaster (memang pun!) tetapi secara virtual namun ada kesannya! pada tempat dudukk yang mengikut program yang ada.... udah le 6D! jalan cerita pun penuh suspen!!!!!... bayangkan kome langgor keretapi! idok ke menutup mata!!!, belum jatuh gaung lagi!!!! mana batu nak hempas kepala!!.... adoyaaaiiii~~~~.........

Sepekara lagi, PPAS ini adalah yang pertama di dunia yang mempunya 6D Theatre! tak ke bangga gitu... idak?... dan ianya untuk yang sihat minda okay~...dan tidak lupa, sebelah 6D Theatre ini ada panggung 3D! pulakkkk...... dan iaanya berbayar. Namun terhad kepada 20 orang pada satu-satu sesi.

Satu lagi, agak memeranjatkan juga lah..... kat PPAS ini ada kafe, dan jangan terkezut! harga makanan sana sangat berbaloi-baloi murahnya!!!!......... kekeke~..

Maka dengan itu, awok sarankan jika berpeluang ke Shah Alam, jangan lupa berkunjung ke perpustakaan ini terutamanya kepada anak-anak!

Comments

Popular Posts