Rumusan Perlawanan Harimau Malaya Semalam!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Hari ini aku tak buat LPT a.k.a Let's Picture Talk yang sedara sepapat dengan Wordless Wednesday! hari ini aku nak buat rumusan tentang perlawanan terakhir skuad Harimau Malaya sebelum ke kejohanan AFF ahad ni.

Gambar ini takdop kaitan!

Masa Pertama - Secara keseluruhannya, kesebelasan yang diturunkan nampak mantap! namun beberapa 'port' masih perlu diperbaiki terutamanya bahagian tengah dah serangan. Nampak beberapa peluang dapat diwujudkan namun 'penamat' kurang 'memberangsangkan', mungkin kerana telah 'ditambat' oleh pemain-pemain pasukan Bangladesh.

Selingan, pada perlawanan persahabatan ini nampaknya pasukan Bangladesh bukan seperti dahulu. Kini permainan mereka dari segi kawalan, hantaran dan strategi.

Masa Kedua - Keseluruhannya dibawah tahap kualiti sebenar, bagi aku la. Manakan tidak 4 pemain utama telah ditukar sekali gus dan pemain baru dimasukkan. Hilang terus keserasian! bukan itu sahaja, kelekaan dan alpa juga mula 'menyerang' hingga menyebabkan pasukan lawan berpeluang mencipta peluang untuk gol dan hasilnya pihak Bangladesh mendapat sepakan penalti

Skrip bertemu dengan Hong Kong tempoh hari berulang, pasukan Bangladesh juga bermain 10 pemain semalam. Sepatutnya menjadi kelebihan kepada skuad Malaysia! namun apakan daya....... dan paling kelakar!!! hahaha~... pemain gantian Bangladesh yang telah mengganikana pemain utama telah diganti dengan pemain gantian lain!!! kekeke~... perkara yang jarang-jarang berlaku sebenarnya! hehe~...

Dah! itulah rumusan aku pada hari ini!

Comments

Popular Posts