Kantung Perut Bocor!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Hari ini sungguh blues untuk aku! kenapa??? baca saja tajuk entri aku hari ini. Sebelum itu, gambar di atas aku kongsikan daripada infokesihatan4u untuk tatapan umum.

Kes ini dari semalam lagi, yang mana aku seharian asyik keluar-masuk-keluar-masuk-keluar dari bilik air kat rumah dan kat tempat majlis kenduri kahwin sepupu isteri aku kat Shah Alam dan mujurlah selepas itu balik rumah terus tak melencong ke mana² ....... namun ianya tak berakhir semalam, sambung pulak sehingga ke hari ini!!! (masa entri ni dibuat pun masih lagi!).

Nak katakan aku ni salah makan tak jugak, tak tahu mana silapnya. Kalau nak dibayangkan, apa yang aku makan dan minum semalam sekejap je dah keluar semua. Bagaikan kantung perut aku ini tiada! hoho~ ...

Namun aku berfikiran positif, apa yang aku hadapi ini tentu ada hikmahnya... aku juga bersyukur kepada-NYA kerana memberi aku kekuatan untuk meneruskan hidup pada hari-hari mendatang. Insha Allah.

Comments

Popular Posts