Skrip 2010 bakal berulang?


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia!!!

betul² Monday Blues hari ini!!!.... apa tidaknya pasukan The Blues, Chelsea aku kalah dengan pasukan West Ham United!!!! 1-3 pulak tu!!! demmmmmmmmmmoooooo lani tok serupo mulo!

Namun, paling syok! sekali pabila skuat Harimau Malaya berjaya membaham sang Garuda! pada malam sabtu lepas dengan jaringan 2-0! pada perlawanan terakhir kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012!. Dengan kemenangan tersebut telah membuktikan bahawa status selaku juara bertahan memang layak kepada Malaysia!...



Jika diimbas semula pada tahun 2010 jurulatih Malaysia, K. Rajagobal telah mengatakan akan bertemu semula diperlawanan akhir semasa kalah kepada Indonesia pada perlawanan pertama ketika itu. Mungkinkah skrip 2010 bakal berulang? pabila Malaysia juga telah tewas pada perlawanan pertama dengan Singapura dan menang ke semua baki perlawanan dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya.

Jika skrip itu berulang, tentunya juara milik pasukan Malaysia!.... Apa pun, Malaysia sekali lagi melalui ranjau penuh halangan yang mana akan bertemu dengan The White Elephant! Thailand pada separuh akhir. Perlawanan ini akan berlangsung secara timbal-balik bermula pada 9 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan 13 Disember ini di pihak Thailand!

Comments

Popular Posts