[ Aku & Atkins ] Genap 2 Minggu


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog aku ini, bukan mudah menjadi seorang blogger yang selalu dikunjungi dan aku bersyukur sekali walau hanya ada seorang pengunjung blog aku ini dalam sehari. Kalau pun takda yang tetap bersyukur juga kerana aku mampu untuk teruskan 'nyawa' blog ini :-) ..

Baiklah, Hari ini aku nak bagitahu bahawasanya sudah genap 2 minggu aku tidak memakan nasi! ini disebabkan aku sedang menjalani program Diet Atkins. TETAPI aku tidak mengikut sepenuhnya lagi program-program yang dicadangkan SEBAB utamanya adalah aku kena biasakan diri untuk tidak memakan nasi terlebih dahulu.

Jadi apakah makanan gantian yang aku ambil??? segala jenis makanan yang tidak mengandungi nasi sahaja, contohnya mee, bihun, salad, roti dan sebagainya. Kalau diikutkan roti pun tak boleh sebenarnya namun matlamat uutama untuk tidak makan nasi wajib dibuat dahulu... hehe~

Sebenarnya nafsu kita adalah perkara utama dalam program ini, jika kita tidak kawal nafsu kita memang tak akan menjadi program ini. Minggu pertama aku tanpa makan nasi memang perit juga sebenarnya, manakan tidak asyik dipujuk oleh isteri dan anak-anak makan nasi... hoho~ tetapi jiwa kena kental dari sebarang 'serangan' ate nyer....

Itu sahaja berita diet aku kali ini, esok-esok aku cerita lagi noh......

Comments

Popular Posts