[ Aku & Sukan ] Giliran Gladiator Pula Terluka


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!!

Hari ini aku nak ulas pula perlawanan antara 2 negara yakni Malaysia yang diwakili oleh ATM FC a.k.a The Gladiator dan seberang tambak Johor pula diwakili Lion XII a.k.a Singapura!!!

Skrip pasukan ATM FC hampir sama dengan kekalahan pertama pasukan Darul Takzim FC. Di mana, peluang untuk menjaringkan gol 'terhidang' banyaknya namun nasib tidak menyebelahi dan inilah realiti bola sepak. Di atas kertas kita boleh teka siapa yang menang namun perlawanan masa sebenar jadi penentunya.

Penyerang sensasi skuad The Gladiator, Marlon Alex James bermain dengan baik sekali dan ditambah pula dengan hantaran-hantaran yang cantik dari pemain sepasukan beberapa percubaan yang diperolehnya untuk menerjah gawang lawan tetapi asyik 'terlepas'. Pihak lawan yang digelar The Lions juga tidak kurang hebatnya, banyak peluang yang diperolehi juga sehinggalah minit ke-66 Shahril Ishak berjaya membolosi gawang ATM FC.

Para pemain ATM FC cuba untuk menggandakan serangan sehingga ke wisel penamat ditiup oleh pengadil namun tidak berhasil sebaliknya skuat The Lions hampir-hampir menambah jaringan gol namun tersasar.


----- Jadik apo yang eden nak koba lagi sekali kat sini, bola itu bulat dan susoh nak ramal!!! jadi jang ... enjoi saja yo!!!

Comments