[ Aku & Sukan ] Harimau Selatan Tewas Dengan Tok Gajah


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!!!

How's your wednesday morning? hope everything's fine as you want :-) ... FYI, in Malaysia wednesday is english day. Majority will make this day as english speaking day for ONLY ONE reason .... to improve communication skills especially using english language that we know it's world language today! right?!

But for this entry i'll write it in Malay language :-) .... i'm sorry!! ... keke~

Baiklah, semalam merupakan hari pertama Liga Super Malaysia (LSM) dilangsungkan dan antara perlawanan menjadi tumpuan adalah pasukan yang digelar 'Manchester City' Malaysia yakni Darul Takzim FC dari Johor bertemu dengan pasukan Pahang FA di Stadium Darul Makmur, Pahang.

Darul Takzim FC yang diberi gelaran Harimau Selatan telah di'cedera'kan oleh skuad Tok Gajah kendalian Dollah Salleh & Zainal Abididn Hassan dengan jaringan 2-3 yang mana pada separuh masa pertama pasukan Darul Takzim FC telah mendahului dengan selesa melalui jaringan oleh Safiq Rahim dan Norshahrul Idhlan Talaha melalui hantaran pemain import sensasi mereka Daniel Guiza.


Sumber : Astro Arena


Namun, pada separuh masa kedua jurulatih Dollah Salleh telah memasukan dua pemain baru menggantikan pemain import mereka iaitu Gopinathan dan Surendren. Rentak permainan skuad Tok Gajah telah berubah dengan kemasukan dua pemain gantian ini sehingga mereka dapat menjaringkan gol pada minit 50 oleh Fauzi Roslan dan beliau sekali lagi melakukan jaringan pada minit 72 untuk menyamakan kedudukan 2-2. Dalam pada itu, Surendren telah melakukan jaringan kemenangan skuad Tok gajah pada minit ke-83.


Pada ketika ini, jurulatih skuad Harimau Selatan iaitu Fandi Ahmad telah memasukkan penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali untuk memperkuatkan jentera serangannya dan nampaknya usaha ini memberi impak positif dengan beberapa percubaan ke gawang lawan namun semuanya tersasar dan telah terlewat sehingga ke wisel penamat.



.................... pada den, jentera pertahanan skuad Harimau Selatan sebonarnya yang menjadi punca kekolahan mereka. Duo dari tigo jaringan Pahang FA ni ha sebagai percumo yo... penjaringnyo tak dikawal dongan rapi pon!.... dan tahniah la kepado Pahang FA kerano dopek menumbangkan skuad bintang ni.... den nengok macam final dah malam tadik!...



itu sahaja ulasan den yo untuk hari ini :-P

Comments

Popular Posts