Hari Pertama Bekerja


Assalamualaikum dan selamat pagi!!!

Apa khabar pagi ini? kesihatan sihat? anak-anak sihat? suami/isteri sihat? pasangan sihat? poket tak sihat??? ahaks~... walau apa pun semua sihat hendaknya. Al-maklumlah hari ini adalah 14 Januari :-)

Hari hari yang agak baik untuk aku dan sekeluarga :-) juma keadaan lalu lintas pergi ketempat kerja sahaja yang sedikit "demam" ... haha~ ... sesiapa yang bekerja di kota raya Kuala Lumpur pasti tahu keadaan lalu lintas di sini.

Entri hari ini berkenaan dengan Hari Pertama Aku Bekerja di tempat aku bekerja sekarang memandangkan semalam aku dan sekeluarga telah menghantar adik ipar aku ke rumah sewa dia kerana hari ini dia akan memulakan hidupnya sebakai seorang pekerja setelah habis belajar di politeknik baru-baru ini.

Tanggal 14 Februari 10 tahun yang lalu merupakan hari pertama aku bekerja di sebuah universiti paling TOP! di Malaysia. Ketika itu aku tinggal di kawasan Kelana Jaya, pergi kerja dengan menaiki LRT selama sebulan sebelum menaiki motorsikal kepunyaan teman serumah. Bila diimbas semula macam tak percaya saja aku dah 10 tahun hidup di 'bumi' Kuala Lumpur ini.

Pada hari pertama aku diberikan tempat duduk kat belakang sekali... senang cerita kat pintu belakang pejabat :-) ... bermula dengan meja dan kerusi yang kosong dan tiada apa-apa lagi. Komputer pun takdak lagi diberi walaupun aku berjawatan 'pomen' komputer :-P .... dan dari sinilah bermulanya 'episod' kehidupan aku sehingga hari ini.





Sekian, terima kasih!!! kekeke~..

Comments

Popular Posts