Teruskan Berdoa

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia!!!

dah bersawang dah blog aku ni.. lama bebonar tak dikemaskini! huh! ... bukannya apa pun cuma kerja sentiasa ada je sekarang.. al-maklumlah pekerja makan gaji bukannya bos besaq pun keke~..

Sebelum apa-apa.. Mari bersama-sama MENDOAKAN semua yang berada di SABAH khasnya Lahad Datu supaya selamat dan keamanan dicapai kedua belah pihak.

Aku sebagai rakyat negeri di bawah bayu ini amat sedih sekali sebenarnya (ini semua poyo!!!) degan kejadian yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi 'peperangan' dengan sesama islam ...

Dah terbayang macam-macam dah keadaan penduduk di sana ... aku malas nak ulas bagaimana, kenapa dan mengapa ianya terjadi ... hanya Allah SWT sahaja yang tahu semua itu kerana Dia yang menentukan semua ini berlaku sebagai ujian ke atas umatnya (jika salah sila tegur den!)

Sekali lagi ... pada penghulu segala hari, kita tadah tangan (tidak kira waktu solat atau tidak) untuk mendoakan kesejahteraan dan keamanan di Sabah dan semoga tiada lagi pertumpahan darah yang berlaku selepas ini ... Amin ya rabil alamin...

Comments

Popular Posts