Cara Untuk Atasi Mengantuk Semasa Berkursus

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Hah! anda pasti mengalami masalah mmengantuk semasa menghadiri kursus kan?? tak kisahlah kursus ke mesyuarat ke taklimat ke bengkel ke kelas ke... janji perkara tersebut membuatkan kita mengantuk.




Baru-baru ini eden ada menghadiri kursus dan seperti biasa (omak ai! dah biasa tu!) mata ini nak tutup ajo kojonye ... silap hari bulan penceramah/pengajar baling sesuatu kek kepala eden, ahaks~...

Kebiasaannya kita akan berasa mengantuk selepas waktu-waktu makan/minum macam minum pagi makan tengahari dan makan petang (kalau ada lah), bukan?? Jadinya aku dah jumpa cara nak atasu mengantuk!!




Bagaimana caranya??? mudah sahaja ... buat TIGA kaedah senaman seperti berikut :-

Urutan Muka
    • Mulakan urutan pada mata (mata tertutup) dengan jari, urutan secara bulatan 3-4 kali
    • Besarkan urutan bulatan ke seluruh muka, buat seperti hendak mencuci muka dengan pencucci muka.
Regangan DOUBLE PUSH
    • Genggamkan jari anda (seperti penumbuk), letak kedua-dua belah tangan kat dada
    • Tujahkan tangan ke depan SELAJU yang boleh. Senang cerita bayangkan sesuatu kat depan dan kita tumbuk benda tu sekuat hati.
    • Ulang 3-4 kali
Wajah A.E.I.O.U
    • Hanya mulut yang melakukan aksi ini
    • Sebut setiap huruf A.E.I.O.U satu per satu dengan membuka mulut sebesar-sebesar yang boleh
    • Ulang 3-4 kali

Macam mana? hilang tak mengantuk??? .... pada den memang berkesan setakat ini.

Comments

Popular Posts