Wajah baru MUDAH DOT MY

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Hari ini hari penghulu segala hari.... dan hari ini merupakan hari terakhir kerja untuk minggu ini, kan??? yahooooo!!!!....

Aku nak kongsi sedikit pasal laman MUDAH DOT MY yakni gedung jualan secara online. Sebelum ini laman ini dikenali sebagai MUDAH DOT COM kerana memakai domain akhiran dot com. jadi kalau kome sebut apa pun, orang dah kenal sekarang ini. Inilah tempat paling mudah untuk menjual barang secara online

Hari ini, aku ada nak jual barang iaitu beg kamera..... dan berlaku perubahan pada laman MUDAH, seperti berikut ....



sebelum ini, laman ini yang tengah² tu aje ada ... tapi hari ini aku buka, dah penuh 'pesanan²' kat atas, kiri dan kanan ....

Selain daripada itu (mak ai!!! bahasa skema sangat!!!), beberapa perubahan yang dilakukan juga oleh pengendali laman ini. Antaranya seni reka grafik dan susun atur menu² yang ada. Dahulu, menu untuk kita post iklan di atas peta Semenanjung Malaysia. Kini menu tersebut telah diletakkan pada atas peta Sabah.

Dan lagi satu yang aku perasan, tempoh kelulusan iklan yang kita buat mengambil masa sehingga 72 jam!!! pada memula dahulu hanya mengambil masa 24 jam sahaja... lepas itu telah dinaikkan ke 48jam!!! ...... ini bermakna telah ramai yang membuat iklan pada laman ini...........

Comments