Tips Menjadi Tetamu Allah (UMRAH)


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Hari ini aku nak berkongsi beberapa tips untuk mereka² yang menjadi tetamu Allah yakni mengerjakan Umrah di Madinah/Mekah terutama yang pertama kali dan tidak lupa kepada diri aku sendiri juga. Tips ini aku perolehi daripada sahabat-sahabat yang budiman.

Semoga dengan adanya tips ini dapat membantu serba sedikit ketika kita berada di sana kelak.


No 1 – Kat Madinah/Mekah nanti byk tempat mustajab doa, banyakkan berdoa supaya “Allah SWT makbulkan setiap doa”..berdoalah di mana² tempat, Insya Allah doa saudara² (spt rezeki tak putus, keampunan dosa, makbulkan doa² dll) akan makbul ketika berdoa, walaupun dah balik Malaysia. Kalau boleh solat sunat 2 rakaat, doa minta dlm sujud.

No 2 – Lepas habis Umrah pertama bagi Lelaki, masa nak “bertahalul” jangan gunting rambut dulu bila nak lepaskan diri dari Ihram, cari kedai gunting rambut, cukur bagi botak terus, sebab Rasulullah SAW mendoakan mereka² yang cukur rambut botak habis.

No 3 – Hafalkan cara solat jenazah, sebab kat sana hampir tiap waktu ada solat jenazah. Satu ibadah di Masjid Nabawi dapat 10,000 pahala dan di Masjidil Haram dapat 100,000 pahala. Satu solat jenazah pahala dia sama dgn 2 Bukit Uhud, nanti saudara² akan tengok berapa besar Bukit Uhud tu, kali dgn 2, kali pulak dgn 10,000 dan 100,000 pahala……. Hafalkan saja cara solat jenazah tu.

No 4 – nanti sampai Mekah, minta mutawif, selalunya org Indonesia bawa pili air zamzam. Tempat kat sini (lihat gambar) ataupun guna GPS (21.423988,39.825654), dekat² area pili tu ada ramai orang jual tong² air, beli dgn diorang penuhkan dgn air zamzam, bawak balik hotel.. minum selagi boleh, bagi cuci habis system badan dengan air zamzam tu.. nak mandi pun boleh.. tapi kena rajin la ulang alik..


No 5 – cuaca di sana berbeza dengan kita, kita panas lembap, sana panas kering, hidung dengan tekak kita akan kering, kalau pegi masa summer, nak tau panas dia nanti mcm mana senang je, sekarang ni kat Malaysia, tengah² panas tengahari masuk kereta dok diam² je dalam kereta.. tu la panas dia.. kat Malaysia ni kena training berjemur sikit, jangan komplen panas :) .... banyakkan minum air masa kat sana. Elok kalau ada tong air zamzam tu, isi kat botol air mineral.

No 6 – Kat Masjid Nabawi/Masjidil Haram nanti ada disediakan tong² zamzam untuk minum, elakkan dari minum dari tong yang ada ais, cari yg suam, ais + cuaca panas kering = batuk

No 7 – agak susah nak buat, tapi cuba try test je.. antara Hajarul Aswad dengan Pintu Kaabah (nanti aku update gambar) ada ruang batu kecik je.. kalau boleh doa kat situ sebab situ tempat sangat mustajab.

No 8 - Ketika di Masjidil Haram, apabila masuk Masjid, solat sunat tahyatul Masjid, dah jadi kurang penting. Sebaliknya tawaf sunat 7 pusingan yang lebih afdal, jadi elok la pi Masjid awal supaya sempat laksanakan tawaf sunat. Tawaf sunat ni juga dituntut untuk diperbanyakkan sebab di Masjidil Haram je yg ada Kaabah.








EXTRA Tips

Perokok - rokok kena usaha berhenti sebab kat Arab Saudi rokok difatwakan sebagai Haram :)

Beg kecik untuk kasut/selipar - Bila nak masuk masjid untuk solat, simpan dalam beg dan bawa sekali kasut/selipar ke dalam. Kalau tinggal kat luar, lepas solat kat luar tu ada 2 juta pasang kasut/selipar. larat ke nak cari??? :)

Lepas cukur rambut - beli lemon atau limau nipis, balik hotel sagat kat kepala, lepas tu berguling jap sebab pedih, lepas tu bilas dgn air zamzam.... hehe.. Bila nak balik nanti, rambut tu akan tumbuh balik sikit, buat umrah sekali lagi, bagi cukur lagi sekali.

Ketika sampai di Airport - Kalau ada pekerja airport pegang troli tu, mintak dari dia, kalu dia tak bagi, cakap “Ana Jiddah” kalau kat Jedah, atau “Ana Madinah” kalau kat Madinah, ambik je satu dunia troli tu free je.. kalau letak beg atas troli yg diorang pegang, nanti dia tolakkan lepas tu dia mintak 50 riyal.


PALING PENTING SEKALI ...

WAKTU SUBUH, SATU JAM SEBELUM MASUK WAKTU, ADA SATU AZAN, TU UNTUK KEJUT, JGN PULAK MELONCAT BANGUN LARI PECUT PI MASJID, TU AZAN NAK KEJUT JE.. NANTI MASUK WAKTU BETUL² ADA AZAN LAGI SATU...



Comments