Cara Mudah Ketahui Kualiti Udara

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Saya pasti ramai yang berada dirumah lagikan sekarang? kenapakah? . . . sudah tentu disebabkan kualiti udara kali ini yang telah 'tercemar' yang berpunca daripada asap pembakaran hutan yang berlaku di negara jiran kita yakni Indonesia.

IPU Sekitar Selangor & Kuala Lumpur

IPU tertinggi setakat jam 11pg semalam di Muar

Nampak tak kat daerah Muar, Johor mencatatkan IPU tertinggi setakat jam 11 pagi semalam. Untuk makluman, bacaan IPU dicatatkan pada 3 waktu iaitu jam 7 pagi, 11 pagi dan 5 petang. Namun untuk kes di Muar, tiada IPU dicatatkan pada jam 5 petang semalam oleh Jabatan Alam Sekitar Negara pada laman web.

Bagaimana pula tahap IPU pada hari ini??? sila rujuk laman web ini -- JAS



Jadinya, kat sini aku nak berkongsi sedikit panduan kepada anda semua berkaitan dengan keadaan cuaca sekarang. Kadang kala kita akan bertanya, bagaimana nak tahu tahap kualiti udara dengan mata kasar atau 'manual'???

Ianya cukup mudah . . . antaranya

  1. Penglihatan - Jika kita lihat di luar rumah/bangunan kita akan dapati seolah-olah ada 'kabus' yakni asap menyelubungi udara. Jarak penglihatan juga berkurangan contohnya selalu kita nampak bangunan KLCC dari jarak 10KM lagi tetapi kali ini KLCC tak nampak, dalam lingkungana 5KM baru nampak dengan jelas.
  2. Bau - mudah sahaja, anda hanya hirup udara dan hidung anda akan 'disumbat' dengan bau asap terbakar. Jika anda boleh bau asap ini maknanya kualiti udara bertambah teruk.
itulah antara teknik mudah yang boleh aku kongsikan. Jadi, aku nasihatkan anda semua WAJIB mengambil langkah keselamatan untuk kesihatan anda dan orang sekeliling anda dan paling penting elakkan melakukan aktiviti di luar DAN banyakkan meminum air memandangkan jerebu ini boleh menjadikan suhu panas meningkat.


*IPU - Indeks Pencemaran Udara

Comments

Popular Posts