Selamat Ke Perkomputeran Awan ???

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Dah hari selasa dah pun, bertarikh 11 Jun 2013 dan dah tak lama lagi kita akan memasuki bulan penuh rahmat yakni Ramadhan Al-Mubarak ... insyallah..


Dunia IT sekarang telah menongkah arus yang lebih moden, maju dan ke hadapan seiring dengan perkhidmatan internet yang semakin laju daripada capaian 54Mbps kepada 100Mbps pad hari ini dan tidak mustahil bakal lebih laju lagi di masa yang akan datang.

Bila sebut tentang perkomputeran awan pasti otak kita 'terkial-kial' untuk mengingatkannya, betul?. Nama femes adalah Cloud Computing. Sekarang ini telah banyak diusahakan seperti Google, Apple, Adobe dan sebagainya. Ditambah pula sekarang ini dengan kemajuan telefon pintar telah menambahkan lagi 'perisa' kepada teknologi perkomputeran awan ini.

Namun, Adakah perkomputeran awan ini selamat?? ini adalah persoalan UTAMA yang perlu difikirkan beribu-ribu kalinya dan daripada beribu-riban jawapan yang difikirkan hanya SATU JAWAPAN yang sesuai dan tepat kepada persoalan ini.

Jawapannya adalah. . . . . kata laluan yang paling susah untuk diteka. Inilah jawapan paling tepat sekali. Walaupun semahal mana perkhidmatan perkomputeran awan anda gunakan jika kata laluan yang mudah diteka, tidak ada gunanya untuk menggunakan teknologi ini.

p/s : gambar dipaparkan adalah hiasan semata²

Comments

Popular Posts