Hanya 5 Minit, Penentu Segalanya . . .

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!


Sekarang dah bulan Oktober, lagi dua bulan lebih untuk menamatkan tahun 2013. Bagaimana dengan azam kome?? azam aku? wallahuallam . . . ahaks~

Amacam dengan tajuk entri aku ni? ada gempak tak?? keke~... tetapi ada kebenarannya sebab hanya 5 minit diperlukan sebagai penentu segalanya... apa yang ditentukan tu???...




Haaaaaa.... nampak muka aku yang hensem ni??? muakaka~..... Inilah penentunya, aku telah menyertai satu pertandingan memakan pizza terbanyak dalam masa 5 minit sahaja.... dan aku menjuarai (kembang betul idong aku masa menaip entri ini) pusingan ke-4 yang berlangsung di Paradigm Mall, Kelana Jaya.


Pertandingan ini dinamakan Pizza-lympics dianjurkan oleh rangkaian restoran makanan pizza, The Italiannies. Terdapat 5 peringkat pertandingan ini diadakan pada 5 tempat yang berbeza. Berikut merupakan pemenang-pemenang pada peringkat yang lain...

Empire Shopping Gallery, Subang Jaya.

Gurney Paragon, P.Pinang

The Gardens, Midvalley Megamall

The Curve, Mutiara Damansara
Itulah antara pemenangnya, pada peringkat ini semua pemenang mendapat hadiah berbentuk baucer RM200 dan layak bertanding pada aksi Grand Finale katenye . . . yang akan dilangsungkan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya pada 13 Oktober ini....

Kome free ke??? sila datang untuk support den yo!!!!.... terima kasihhhh!!!!....

Ingin tonton KL GANGSTER 2 secara PERCUMA?? dapatkan DI SINI (Klik ajer)

ps : gambo² ni ehsan dari FB The Italiannies

Comments

Popular Posts