D.U.I.T Dah Tak Releven Katanya...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Pagi ahad yang 'sepoi² bahasa' nampaknya, pastinya kat rumah sedang membuta atau menyibukkan diri kan...

Hari ini aku nak becerita pasal . . .


Pasti kome tahukan perkataaan ini, dulu masa sekolah para cikgu selalu pesan dengan perkataan ini terutama bila dah hampir dengan peperiksaan penting.

TETAPI!!! ... kelmarin, masa aku letak pakaian kat ampaian dalam jam 7 pagi lebih² camtu aku dengar tazkirah daripada Masjid Cahaya Iman dekat rumah aku tentang perkataan ini.

Penceramah tu berkata . . . lebih kurang ye, sebab aku dengar pun gitu² ajo . . .
"Kita sepatutnya ber-tawakkal terlebih dahulu kepada Allah SWT sebelum melakukan sesuatu perkara, bukan usaha dulu baru ber-tawakkal. Sebelum kita berusaha, kita patut ber-tawakkal dulu kemudian barulah kita berusaha dengan apa yang kita nak usahakan . . . "

Lebih kurang macam itulah yang aku dengar . . . jadi, kesimpulan yang aku dapat disini ialah Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal memerlukan 'transformasi positif' agar kita tidak lagi sentiasa memikirkan tentang D.U.I.T . . . tetapi fikirkan tentang Doa, Tawakkal, Usaha dan Ikhtiar barangkali..... kan?

p/s : Kata² penceramah tu hanyalah pada ingatan pendengaran aku sahaja ketika itu, jika ada kesilapan ianya datang dari diri aku sendiri ... maaf ye...

Comments

Popular Posts