Taufan Haiyan Penyebab Banjir Teruk Di Pantai Timur ?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Hari ini dah masuk hari ke 6/7 keadaan cuaca yang paling berahmat sekali, kan? sebab dalam minggu ini adalah minggu paling sedikit cuaca panas. Terutamanya di sekitar KL/Selangor. Banyak hujan berbanding dengan cuaca panas. Ada hari yang seharian hujan renyai-renyai kadangkala lebat berlaku.

Sebagai seorang muslim, hujan ini adalah suatu rahmat daripada-Nya dan patut bersyukur kepada-Nya.

Namun beberapa negeri di Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan telah dilanda banjir akibat daripada hujan yang berterusan dan telah dikhabarkan ianya antara terburuk sejak sedekad lalu.

Operasi menyelamat di Kuantan, Pahang. Lanjut sila baca SINI

Terfikirkah anda bahawa kejadian banjir yang 'luar biasa' ini ada kaitan dengan taufan Haiyan yang melanda negara Filipina hingga ke Vietnam dan Laos baru-baru ini?..


Bagi den ada tempias juga berdasarkan kepada gambar di atas. Bukanlah secara terus tetapi 'sepoi-sepoi bahasa' yang secara 'teknikalnya' telah merubah keadaan cuaca sekitar Asia Tenggara.

Mungkin, jika taufan ini tidak berlaku, banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur tidak berlaku seteruk ini. Namun, ini semua ketentuan-Nya dan ada hikmah disebalik apa yang telah terjadi.

Apa yang paling penting ketika ini ialah semua yang terlibat sama ada mangsa, pasukan keselamatan, pihak berkuasa tempatan, kementerian dan lain-lain WAJIB mengambil ikhtibar dengan kejadian ini untuk 'post mortem' dan mewujudkan apa-apa cadangan penambah-baikan agar lebih bersedia dimasa-masa yang akan datang.

Comments

Popular Posts