Gastrik Bukan Penyakit!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Salam jumaat kome . . . cuti kan hari ini? kalau koje tak dapat lah nak menolong yep.

Cuti umum pada hari jumaat amat jarang sekali kalau kat Malaysia ni. Hanya negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor sahaja yang mengistiharkan cuti hujung minggu pada hari jumaat dan sabtu.

Jadi hari ini berkelepangan untuk beristirehat kat rumah dan menunaikan solat jumaat di Masjid Cahaya Iman, Bandar Contry Homes, Rawang. Syukur kepada-Nya, masjid 'full house' dan 'over loaded' . . . ramai jemaah solat hingga ke perkarangan masjid dan yang tidak bersolat pun ada kot (wallahuallam...) sebab terlalu ramai yang datang solat jumaat memandangkan cuti umum pada hari ini.



Dan, sebelum pergi menunaikan solat jumaat . . . aku ada tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9 (Boleh tonton kat http://www.tonton.com.my) pada paginya. Apa yang menarik adalah berkenaan dengan penyakit gastrik . . . ini yang kita selalu katakan pabila mengalami sakit perut bukan?

TETAPI . . . sebenarnya penyakit gastrik tidak wujud dalam kamus perubatan kata doktor jemputan dalam rancangan tersebut. Doktor itu menyatakkan Gastrik adalah bermaksud perut dalam bahasa perubatan dan penyakit perut adalah gastritis (kalau salah tolong betulkan) . . . kata doktor tersebut.

Namun sudah menjadi 'lumrah' kepada kita menyebut perkataan tersebut kan? seperti mana kita sebut ubat gigi adalah Colgate walhal ianya jenama pengeluar ubat gigi kan? begitu juga dengan minuman coklat kita sebut Milo walhal ianya juga jenama bukan? . . .

Comments

  1. tu la, aku pun baru tau melalui rancangan ni... tapi kita dah biasa sebut tu yang kekal sampai sekarang.

    ReplyDelete

Post a Comment

'Tiang Kayu'. Sila komen lagi!

Popular Posts