Akhirnya, Darah Ku Di Ambil!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Kome apa kabar hari ini? hari rabu adalah hari tanpa kata-kata pada posting blogger hanya gambar sebagai pencerita yang ingin disampaikan.

Ceritanya begini, kawan sekerja aku koba kan ada program menderma darah telah dianjurkan oleh pihak Pusat Peruatan Universiti Malaya (PPUM) kat tempat kerja aku. Den memang tak tahu pasal program ini pun sebenarnya hinggalah tongahari semalam kawan aku bagitau.

Keadaan semacam ini, tapi ini bukan gambar semalam yek! aku pinjam je :-)

Dia ajak aku pegi sekali untuk ikuti program ini. Awalnya agak keberatan pungkuoq aku ni nak diangkat untuk sertai program ini. lagi pun aku tak pernah derma darah aku sebelum ini.

Tetapi tah macam mana hati aku ni lagi kuat 'bangkit' daripada pungkuoq aku ni untuk sertai program derma darah ini.

Dipendekkan cerita aku ini, akhirnya aku berjaya menderma darah aku buat pertama kalinya ! ! ! sebanyak 450ml telah aku dermakan darah aku kepada PPUM untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukannya kelak.

Panjang juga cerita aku ini sebenarnya tapi takpo akan diceritakan pada entri yang akan datang!

Nak menderma darah?? Sila ke Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur SEKARANG!!!!

Comments

Popular Posts