Kapur Kasut Tak Elok Sebenarnya

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Nampaknya cuaca 'panas berpanjangan' minggu ini, langsung tiada hujan kelihatan walau setitik :). Tapi itu di sekitar Lembah Klang, kalau negeri lain mungkin ada yang sama ataupun sebaliknya.





Hampir 15 tahun yang lalu adalah tahun terakhir aku bersekolah tetapi seingat aku kali terakhir menggunakan kapur kasut adalah pada waktu sekolah rendah. Bila memasuki sekolah menengah aku tidak menggunakan kapur kasut lagi, kenapa? pun aku tak tahu, mungkin sebab aku dah jadi pengawas kot . . . hehe~


Hari ini aku cuci kasut sekolah anak aku maka teringatlah kisah aku waktu dahulu dan baru hari ini aku terfikirkan kesan penggunaan pemutih kasut yakni kapur kasut. Sebenarnya, penggunaan kapur kasut adalah tidak elok untuk jangka masa panjang.

Kalau diimbas kembali, setiap tahun para ibu bapa akan membeli kasut baru kepada anak-anak mereka berbanding pakaian sekolah mereka yang majoritinya masih boleh dipakai pada tahun berikutnya (sekurang-kurangnya 2 tahun persekolahan).

Ini disebabkan penggunaan kapur kasut. Jika diteliti, pabila mengenakan kapur kasut pada kasut sekolah ia akan menjadi kering dan mengeras. Ini akan mengakibatkan kain/kulit kasut akan cepat 'haus' dan meregang yang akhirnya akan rosak 'kehausan' pada penghujung tahun.

Jadi, seranan terbaik untuk memastikan kasut sekolah anak-anak tahan lama elakkan menggunakan kapur kasut!

Comments

  1. Saya hari tu beli kasut sekolah material getah.. kena air pun waterproof.. senang nak cuci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak tidak memilih memang sesuai pakai kasut getah tu tapi kena sentiasa tengok kekotoran takut melekat terus..

      Delete

Post a Comment

'Tiang Kayu'. Sila komen lagi!

Popular Posts