Hujan Rahmat Dah Turun!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!


Alhamdulillah, akhirnya bumi dibasahi oleh hujan rahmat daripada-NYA. Semoga hujan ini berterusan walau sesekali turun untuk 'membersihkan' apa yang patut terutamanya kualiti udara yang amat sangat tidak sihat hingga beberapa sekolah ditutup demi keselamatan anak-anak yang bersekolah.

Syukran jazilan juga dengan hujan ini membolehkan empangan-empangan yang telah mencapai tahap kritikal takungannya diisi semula dan membolehkan rakyat-masyarakat yang berkenaan mendapat bekalan air yang telah terputus dan mengalami catuan bekalan air sejak minggu-minggu yang sudah.

Comments

Popular Posts