Jerebu, Air & MH370

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Lama betul aku tak buat entri kan ? . . . aku telah menyuper-duperkan diri sejak kebelakangan ini. Antaranya kehendak tugas ditempat kerja, empunya diri komitmen dan keluarga tercinta.

Tak nak cerita panjang, bulan ini Malaysia telah menjadi tumpuan dunia dari pelbagai sudut dan Top 3 ceritanya adalah berkenaan dengan Jerebu,  Air dan MH370.

Paling besar sekali adalah isu kehilangan kapal terbang milik Malaysia Airlines (MAS) yakni MH370 yang tiba-tiba hilang dari radar semasa melakukan penerbangan daru Kuala Lumpur (BKI) menuju ke destinasinya Beijing, China pada 8 Mac 2014 yang lalu. Lokasi terakhir pesawat ini pada radar adalah di ruang udara perairan Laut China Selatan berhampiran dengan negara Vietnam. Pelbagai usaha telah pun dilakukan untuk mencari pesawat ini.

Isu ke-2 juga tidak kurang hebatnya yakni kualiti udara di negara kita yang semakin hari semakin tidak sihat dan ini ditambahkan lagi ketiadaan hujan yang membasahi bumi Malaysia secara berterusan.

Sumber : MET

Lihat saja imej kat atas ni, tempat aku kuning dan hijau petandanya. Kalau pergi dan balik kerja, aku tengok kat luar dah jadi terhad dan terhidu asap kebakaran. Usaha juga telah dan akan dilakukan oleh pihak berwajib untuk membenihkan awan supaya hujan akan turun kelak.

Dan isu terakhir adalah berkenaan dengan air. Seperti mana yang kita tahu, loji air di Hulu Langat telah ditutup dek kerana tercemar dan tidak selamat untuk digunakan. Ini menyebabkan penduduk sekitarnya telah terputus bekalan air bersih sehingga hari ini sejak bulan lepas lagi. Beberapa inisiatif juga telah diambil untuk mengatasi masalah ini seperti menghantar lori-lori tangki air ke kawasan yang ketiadaan air, catuan air juga dilakukan dan sebagainya.

Itu adalah antara yang paling 'hangat' sekali di Malaysia sekarang.

Comments

Popular Posts