Lari, Letih & Segera

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Hari ini dah masuk hari ke-15 umat islam berpuasa di bulan ramadhan tahun ini. Puasa kome cukup tak? Hehe..

Dah 15 hari baru berkesempatan untuk buat entri dalam bulan puasa ni. Tahun lalu kerap juga den kongsikan apa yang patut terutamanya tazkirah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz jemputan kat masjid umah aku yakni Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang.

Tahun ni dah tak perlu berpeluh menunaikan solat kat masjid ini. Terutamanya solat tarawih dan solat jumaat bermula beberapa hari lepas. Sebab masjid ni dah pasang penghawa dingin. Aman dan sejuk gitu. Nak solat pun dah bertambah kusyukkkkk.... Alhamdulillah...

Okeh lah den nak cerita tajuk entri hari ini yakni lari, letih dan segera.

LARI - bukan bermaksud kena belari le sana ke mari dengan laju-laju, hehe... Ustaz tu kata kena lari tanpa beban terutamanya beban perut. Makanlah dengan separuh sahaja bagi mengelakkan kita malas sebab kekenyangan berlebihan.

LETIH - pula kata ustaz kerana melakukan apa sahaja amal di bulan puasa ini kerana Allah ta'alah semata-mata. Ada hadis mengatakan nabi beritahu ada orang berpuasa sahaja di bulan puasa tetapi tidak masuk syurga kata ustaz tu (jika salah tolong tegur yerp). Maknanya kita tidak berpuasa semata-mata sahaja malah kita buat amal lain jua seperti tolong orang miskin, beri makan, baca quran dan sebagainya sampai kita berasa letih kerana letih itu untuk akhirat kelak.

SEGERA - pula melakukan sesuatu di bulan puasa ini dengan secepat yang mungkin seperti berbuka puasa disegerakan, bayar zakat disegerakan bukan tunggu pada pagi solat raya baru nak bayar, terus solat selepas azan waktu dan sebagainya.

Itulah antara intipati tazkirah tarawih semalam yang disampaikan.

Sekian.

Comments

Popular Posts