M.I.S.I .......... Part 2

Salam penghulu segala hari!!!!...

Sekali lagi pada hari ini aku melancarkan MISI a.k.a mission sama la tu! yang kedua!. Apa pulak misi aku pada kali ini?...

Ianya adalah........... mencari aplikasi android untuk blogging. Inilah misi aku kali ini. Kenapa? Sebabnya aku nak bagitahu yang aku adaTAB! riak sungguh aku ni noh!!...tu sebab terakhir sebenarnya. Sebab utama ialah aku berkemungkinan 'kecil' akan kerap berblogging lepas ni. Daripada 1-2 post setiap minggu pernah gak bebulan tak post! Keke.. kepada 3-4 post seminggu. Okay la kan jumlah entri ni kan???..

Berbalik kepada misi aku, entri ini dibuat menggunakan aplikasi BlogIt (sila cari kat pasar android, android market). Kalau anda perasan entri-entri aku sebelum ini ada beberapa aplikasi yang telah digunakan. Namun belum ada yang dihati, berkenan di mata banyaklah kan.

Apa kelebihan BlogIt ini?.. pengguna macam aku ini secara keseluruhannya memuaskan lah dan bagi pengguna yang biasa yakni tiada pengetahuan langsung tentang bahasa pengaturcaraan akan mengambil masa untuk mempraktikkannya.... omak aiiii bahasa den ni!


nampaknya boleh masukkan gambo dalam entri

kelebihan lain?... akan ku koba kan kelak yop!

Comments

Popular Posts