My Top Post

Salam UOL's ...... adeh! sejak bila pula aku guna perkataan ni!!

Hari ini aku nak berkongsi kepada anda semua tentang entri aku yang paling top sekali! kata penjajah negara kita tercinta ini dahulu Top Post Viewed katanya!






Data ini diperolehi dari mula aku berblog dengan menggunakan platform blogger.com sehingga ke hari ini.

Daripada data ini, entri aku yang paling banyak dilihat atau dibaca bertajuk Anugerah Industri Muzik 2011 - Amirah Ali. Ketika entri tersebut ditulis memang tengah hangat tentang Anugerah AIM dan sudah tentu para blogger mengemaskini blog masing-masing berkaitan dengan AIM juga.

Apa yang menari ketika itu, aku meng'google'kan tentang AIM ketika itu dan kebanyakan blogger memberi maklumat tentang AIM seperti bila diadakan, siapa calon-calon bertanding, review AIM tahun-tahun sebelumnya dan sebagainya. Namun tidak ramai blogger yang berbicara tentang setiap individu artis itu sendiri. Jadi, aku ambil inisiatif untuk berbicara tentang artis baru yang dicalonkan ketika itu.

Dengan entri ini, setakat ini dilihat/dibaca sebanyak 106 kali. Sikit je pun, haha~ .... namun aku kena bangga juga sebab ada pembaca kan? syukur alhamdulilah.

Bagaimana dengan anda sekalian? jum kongsi!!!....

Comments

Popular Posts