Hari Terakhir Pendaftaran Darjah 1 2014/2015

Assalamualaikum dan selamat hari pekerja!!!

Cuma nak beri peringatan semula, jika anak anda lahir pada 2008, pendaftaran terakhir adalah pada 30hb April yang lepas. Selepas dari tarikh tersebut dianggap lewat dan kemungkinan tidak dapat daftarkan anak ke sekolah yang dikehendaki.

Aku pun tak tahu yang pendaftaran sekolah ini dibuat secara online sepenuhnya pada zaman sekarang.

Dahulu, pendaftaran paling mudah sekali. Hari pertama sekolah adalah hari pendaftaran. Sekarang perlu daftar 2 tahun sebelum memasuki alam persekolahan.

Namun bagaimana nasib anak-anak keluarga yang kurang kemampuan atau pun tiada kemudahan internet dirumah ??? Harapnya ada jalan penyelesaian untuk mereka ini.

Comments

Popular Posts